W9VsjjITx_M Masyarakat Sikh juga penyumbang kepada pembangunan negeri dan negara
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masyarakat Sikh juga penyumbang kepada pembangunan negeri dan negara


Tarikh kemaskini: 12/11/2019





KOTA KINABALU, Nov 12 -- Masyarakat Sikh di Sabah mungkin kecil bilangannya namun sumbangan masyarakat itu terhadap pembangunan negeri secara amnya serta negara secara keseluruhannya tidak boleh dinafikan, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Beliau berkata masyarakat Sikh di Sabah, selain  berpegang teguh kepada kepercayaan dan tradisi nenek moyang, juga teguh menegakkan kewarganegaraan Malaysia mereka.

"Saya harap semua rakyat Malaysia terutama masyarakat Sikh memahami pentingnya bersatu padu kerana kita terus menyumbang kepada pembangunan sosial, ekonomi dan pendidikan negara," katanya dalam ucapan pada majlis ulang tahun ke 550 Guru Nanak di  rumah Ibadat Sikh (Gurdwara Sahib), di sini hari ini.

 Teks ucapan beliau dibacakan Penolong Menteri kepada Ketua Menteri  Arifin Asgali.

Sehubungan itu Shafie menyeru masyarakat Sikh supaya meneruskan cara kehidupan di Sabah dengan bergaul dengan masyarakat lain yang berbeza kepercayaan, kumpulan etnik dan latar belakang sosial.

Sementara itu masyarakat Sikh  di Labuan menyambut ulang tahun itu dengan semangat perpaduan dengan mengadakan majlis rumah terbuka di Gurdwara Sahib Labuan selama tiga hari sejak Ahad.

Timbalan pengerusi  Gurdwara Sahib Labuan  Balvir Singh berkata  konsep perkongsian ini diterjemahkan dalam bentuk makanan serta minuman bagi memupuk perpaduan dan persefahaman di samping program kebajikan yang di jalankan oleh sekumpulan sukarelawan.

-- BERNAMA

 

 

 

 

 

 

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel