Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Projek pembinaan WCE mampu lonjakkan pembangunan ekonomi Selangor


Tarikh kemaskini: 12/11/2019





SHAH ALAM, 12 Nov -- Projek pembangunan Lebuhraya Pesisiran Pantai Barat (WCE) dari Taiping, Perak ke Banting, Selangor dilihat mampu melonjakkan pembangunan ekonomi di kawasan utara Selangor.

Menteri Besar, Amirudin Shari berkata ia susulan lebih banyak kenderaan yang dijangka menggunakan lebuh raya itu, seterusnya memberi manfaat kepada aktiviti ekonomi setempat.

"Pada masa sama, Kerajaan Negeri juga akan meminta exco Selangor yang berkenaan seperti Rodziah Ismail (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan, Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi) serta V. Ganabatirau (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemberdayaan dan Pembangunan Sosio Ekonomi dan Kerajaan Prihatin) untuk melihat potensi pembangunan yang sewajarnya dibangunkan di kawasan lebuh raya terbabit,” katanya dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Ahmad Mustain Othman (PKR-Sabak) berhubung jumlah peruntukan Kerajaan Negeri kepada Sabak Bernam.

Mengulas lanjut, Amirudin berkata, adalah tidak wajar jika ada pihak yang melabelkan Kerajaan Negeri tidak membangunkan kawasan sekitar lebuh raya itu sedangkan pelbagai usaha sudah diambil setakat ini.

"Sebelum ini, ada syarikat anak negeri yang pernah membina kilang di sana tetapi tiada mana-mana pihak yang mahu membuat pelaburan.

"Bagaimanapun, kita masih mempunyai aktiviti ekonomi hiliran dan kita bercadang untuk memfokuskan kepada beberapa kegiatan ekonomi di sekitar kawasan itu," katanya.

Jelasnya, kegiatan ekonomi itu merangkumi eko-pelancongan, perikanan dan pertanian yang membabitkan kawasan sekitar seperti di Kuala Selangor, Tanjong Karang dan Sabak Bernam.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     

Sambutan filem 'Garang - Aku Luar Biasa' mengenai atlet paralimpik kurang memberangsangkan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel