Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pemandu e-hailing di Sarawak diingat tidak tunggu penumpang di lapangan terbang


Tarikh kemaskini: 12/11/2019




SIBU, 12 Nov -- Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Sarawak hari ini mengulangi peringatan kepada pemandu e-hailing supaya tidak menunggu penumpang di mana-mana lapangan terbang di negeri itu.

Pengarahnya Mohd Syafiq Anas Abdullah berkata, sehingga kini pihak Lembaga Pelesenan Kenderaan (LPKP) ataupun Malaysia Airports Berhad (MAB) masih belum membuat keputusan bagi membenarkan mereka berbuat demikian.

“Tiada larangan untuk mereka beroperasi (di lapangan terbang) namun mereka tidak boleh menunggu di mana-mana lapangan terbang di negeri ini sebagaimana yang dilakukan pemandu teksi. Maksudnya mereka tidak boleh menunggu penumpang antara lima hingga 10 minit,” katanya pada sidang akhbar selepas operasi khas e-hailing di Lapangan Terbang Sibu di sini hari ini.

Mohd Syafiq berkata, walaupun mereka yang melakukan kesalahan itu akan dikenakan kompoun, namun pada masa ini, pihaknya masih menjalankan penguatkuasaan berhemah, dengan memberikan amaran dan menasihati pemandu terbabit, sehingga mendapat arahan selanjutnya.

Katanya pada masa ini penguatkuasaan itu hanya untuk lapangan terbang sahaja dan akan diperluaskan ke kawasan lain seperti terminal bot dan bas, pada masa akan datang secara berperingkat.

Menurut Mohd Shafiq, sejak 17 Julai lepas, hasil pemeriksaan JPJ mendapati 195 pemandu e-hailing telah melakukan kesalahan termasuklah 95 tiada eVP, 37 tidak memiliki lesen PSV dan 80 kenderaan tidak mempamerkan ‘disk’ Puspakom.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel