Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Calon SPM antara 23 ditahan kerana merusuh di Sungai Siput


Tarikh kemaskini: 12/11/2019





SUNGAI SIPUT, 12 Nov -- Seramai 23 lelaki termasuk seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) ditahan, selepas dipercayai merusuh di hadapan sebuah restoran di Persiaran Waterfront, di sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Supt Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin berkata semua suspek berusia antara 17 hingga 26 tahun ditahan di lokasi kejadian, selepas pihaknya menerima maklumat kira-kira pukul 1.30 pagi. 

“Hasil siasatan mendapati kejadian berpunca akibat perselisihan faham antara dua kumpulan dan saringan air kencing mendapati tiga daripada suspek positif dadah jenis methamphetamine," katanya dalam sidang media selepas majlis pemakaian Pangkat Pegawai Kanan Polis Kontinjen Perak di Ibu Pejabat Polis Daerah Sungai Siput, di sini, hari ini.

Menurut Mohd Khaizam, semua lelaki itu direman empat hari mulai hari ini, bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu agar menyalurkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel