Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Spartan Race kembali lagi ke Sarawak pada April dan Oktober tahun hadapan


Tarikh kemaskini: 12/11/2019





KUCHING, 12 Nov -- Spartan Race yang pertama kali diadakan di sini, bulan lepas akan kembali lagi ke negeri ini tahun hadapan, bukan sekali, tetapi dua kali.

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah berkata perlumbaan itu dijadual diadakan di Institut Kepimpinan Sarawak, Jalan Semengoh, di sini pada 4 hingga 5 April dan di Stadium Sarawak pada 3 Okt tahun hadapan.

"Dijangkakan keseluruhannya seramai 7,000 peserta dari dalam dan luar negara akan menyertai dua pelumbaan ini tahun hadapan, yang juga Tahun Melawat Malaysia 2020," katanya dalam satu sidang media, di sini, hari ini.

Abdul Karim berkata perlumbaan itu pada 4 dan 5 April tahun depan akan digelar Spartan Race Sarawak 2020 Southeast Asia (SEA) Super Regional Series yang dijangka disertai 4,000 peserta.

Antara kategori yang akan dipertandingkan ialah ‘Spartan Trial’ sejauh 10 kilometer (km) dan 21km tanpa halangan di dalam hutan; ‘Spartan Sprint’ (5km), ‘Spartan Super’ (10km) dan Spartan Kids bagi kanak berusia empat hingga 13 tahun dengan halangan mini mengikut umur (1km dan 2km).

Manakala, perlumbaan Spartan Race Sarawak 2020 yang kedua diadakan bersempena Bulan Sukan Negara di Stadium Sarawak pada 3 Okt tahun depan dan dijangka disertai  3,000 peserta.

Kategori bagi perlumbaan ini pula ialah ‘Spartan Stadion’ sejauh 5km dengan 20 halangan sekitar stadium, ‘Spartan Kids’ (1km dan 2km), dan ‘Huriccane Heat’ ( 4 jam kem latihan ketahanan).

"Disamping perlumbaan larian lasak ini, Kuching juga akan menjadi tuan rumah kepada Biannual Spartan APAC Owners Submit & Convention 2020 pada April tahun hadapan," katanya.

Abdul Karim berkata ini selepas bandar raya Kuching memenangi pembidaan menganjurkan acara terbabit yang menghimpunkan pemilik dan rakan Spartan Race Asia Pacific mengalahkan Chiang Mai di Thailand.

Menurutnya, perlumbaan pertama kali di negeri itu sebelum ini yang diadakan di Institut Kepimpinan Sarawak, Jalan Semengoh berjaya meraih gelaran laluan paling mencabar di Asia Tenggara. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel