Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

'TABITO' rangkul anugerah Filem Pendek Terbaik MPISFF 2019


Tarikh kemaskini: 12/11/2019




ARAU, 12 Nov -- Politeknik METRO Kuala Lumpur merangkul anugerah Filem Pendek Terbaik menerusi karya 'TABITO’ (There's A Bun In The Oven) pada Festival Filem Pendek Antarabangsa Politeknik Malaysia 2019 (MPISFF 2019) hari ini.

Pasukan yang terdiri daripada tujuh pelajar dan dua pensyarah itu membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta trofi yang disampaikan Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti Dr Mohammad Naim Yaakub.

Filem arahan Harun Arashid Mohd Ridzuan berdurasi tujuh minit itu turut mengungguli anugerah Pengarah Terbaik.

Harun Arashid, 20, ketika ditemui berkata kumpulannya mengambil masa kira-kira dua minggu untuk menyiapkan karya tersebut dengan hanya menggunakan dua kamera DSLR.

Penganjuran festival filem yang masuk tahun ketiga dengan tema ‘miscommunication’ itu berlangsung di Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin di sini.

Ia menyaksikan penyertaan 20 politeknik di seluruh negara termasuk sebuah institusi luar negara iaitu Iloilo Science and Technology University, Filipina. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel