Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PPM Sabah tahan tiga bot tangkap ikan di kawasan pelantar minyak


Tarikh kemaskini: 13/11/2019





KOTA KINABALU, 13 Nov -- Pasukan Polis Marin (PPM)  Wilayah Empat Sabah menahan tiga bot pukat tunda kerana menangkap ikan di kawasan pelantar minyak iaitu pada jarak kurang enam batu nautika, yang melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985.

Komander PPM Wilayah Empat Sabah, ACP Mohamad Pajeri Ali berkata dua lelaki turut ditahan dalam  Ops Bersepadu selama empat hari sehingga Isnin lepas  bagi membanteras pencerobohan di kawasan pelantar minyak.

“Dua lelaki itu tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya Ops Besepadu sentiasa dilaksanakan bagi membanteras kegiatan pencerobohan oleh nelayan, kegiatan pengeboman ikan menggunakan bahan letupan dan aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan racun di sekitar pelantar minyak.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel