Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lelaki maut motosikal langgar kerbau di jalan Telipok-Tenghilan


Tarikh kemaskini: 13/11/2019




KOTA KINABALU,  13 Nov  -- Seorang lelaki yang menunggang motosikal  maut apabila terlanggar seekor kerbau di Kampung Pangkalan, Jalan Telipok-Tenghilan, dekat sini awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Tuaran DSP Mohd Hamizi Halim berkata  Jamius Fascon, 43, maut di tempat kejadian dalam nahas yang berlaku pada pukul 3.40 pagi.

“Kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan dari arah Kota Belud menuju ke Tuaran. Sampai di tempat kejadian, mangsa terlanggar seekor kerbau yang tiba-tiba keluar melintas jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala serta badan dan mayatnya   dibawa ke hospital untuk dibedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel