Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

APMM Sabah tahan bot nelayan Vietnam


Tarikh kemaskini: 13/11/2019





KOTA KINABALU, 13 Nov-- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Sabah menahan sebuah bot nelayan asing yang melakukan aktiviti menangkap ikan di perairan negara Isnin lepas.

Pengarah APMM Sabah Laksamana Muda Maritim Kamaruszaman Abu Hassan berkata bot yang ditahan  memiliki lesen dan dokumen bot yang meragukan di perairan  Pulau Mengalum.

“Semasa peronda APMM menjalankan Operasi Naga Timur di sekitar perairan berkenaan telah mengesan dua buah bot bergerak seiring disyaki sedang menangkap ikan dengan menggunakan kaedah tunda ganding.

"Semasa bot peronda APMM menghampiri, kedua-dua bot tersebut telah memotong tali dan melarikan diri. Walaubagiamanapun, sebuah bot tersebut berjaya ditahan. Hasil pemeriksaan mendapati lima orang awak-awak termasuk tekong adalah warganegara Vietnam dan pemeriksaan lanjut mendapati lesen dan dokumen bot juga meragukan," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata kesemua tangkapan dan rampasan kemudiannya dibawa ke Jeti APMM Sepanggar untuk dindakan lanjut.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel