Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Lori tangki terbakar dekat Menora, trafik sesak


Tarikh kemaskini: 13/11/2019





IPOH, 13 Nov -- Sebuah lori tangki membawa muatan minyak terbakar di KM265 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) (arah utara), sebelum Terowong Menora pagi ini. 

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 11.16 pagi tadi sebelum jentera dan anggota dari balai Meru Raya dikejarkan ke lokasi. 

Katanya sebaik tiba, didapati lori tangki itu sedang terbakar 60 peratus. 

"Selain Balai Meru Raya, usaha memadam kebakaran ketika ini turut dibantu oleh anggota dan jentera dari Balai Kuala Kangsar serta Ipoh," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini. 

Sementara itu, jurucakap PLUS berkata orang ramai yang ingin ke utara dinasihat supaya menggunakan laluan alternatif dengan keluar di susur Plaza Tol Ipoh Selatan kerana trafik kini mengalami kesesakan agak teruk.

"Untuk ke utara, pihak PLUS menutup sebahagian jalan berdekatan lokasi kebakaran, manakala untuk ke selatan, lorong kanan ditutup untuk memudahkan usaha memadam api," katanya ketika dihubungi Bernama.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel