Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Krew feri penumpang selamatkan lelaki hanyut


Tarikh kemaskini: 13/11/2019




LANGKAWI, 13 Nov -- Krew sebuah feri penumpang menyelamatkan seorang lelaki yang ditemukan hanyut berhampiran perairan Pulau Tuba di sini pagi tadi.

Kapten Star City 6, Ling Heng Teck berkata ketika kejadian feri yang membawa 351 orang penumpang itu dalam perjalanan dari Terminal Feri Kuala Kedah ke pulau ini sebelum beliau ternampak satu objek terapung  di perairan Langkawi berdekatan Pulau Tuba.

“Setelah menghampiri ternyata objek itu ialah manusia dan saya mengarahkan krew mengangkat naik lelaki itu yang dalam keadaan lemah ke atas feri sebelum dihantar  ke Hospital Sultanah Maliha Langkawi untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Sementara itu Ketua Penolong Pengarah, Pejabat Laut Kuah, Langkawi Ghazali Ahmad ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut dan berkata  pihaknya sedang menjalankan siasatan bagi mengenal pasti identiti lelaki itu serta punca kejadian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel