Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Mercato buka kedai ketiga di Pulau Pinang


Tarikh kemaskini: 13/11/2019




Oleh Goh Kok Guan

GEORGE TOWN, 13 Nov  -- Kedai runcit premium, Mercato, memperluas kedudukannya di negara ini menerusi pembukaan kedai ketiganya di negara ini, di Gurney Plaza di sini hari ini.

Beroperasi di bawah GCH Retail (Malaysia) Sdn Bhd (GCH) sejak 2001, Mercato menjual lebih daripada 2,000 produk tempatan dan import di rak mereka, termasuk daging lembu Wagyu, produk herba segar dan wain.

Pengurus Serantau GCH, John Gilbert memberitahu Bernama bahawa selepas membuka dua cawangan di Kuala Lumpur, Pulau Pinang dipilih sebagai destinasi seterusnya untuk menampung lebih ramai pelanggan berpotensi di negeri ini, terutama golongan ekspatriat.

Sebahagian besar ekspatriat di negara ini, katanya, yang berada di Pulau Pinang,  lebih yakin membeli produk dari pasar raya besar dan rantaian pasar raya yang dikendalikan oleh GCH seperti Giant, Cold Storage dan Jasons Food Hall.

"Kami mahu memenuhi kehendak mereka dan menjaga mereka yang telah bersama kami (GCH) selama 45 tahun lepas. Inilah (pembukaan kedai) merupakan sebahagian dari rancangan untuk mendekatkan mereka dengan kami," katanya.

Beliau berkata Mercato juga sedang mengenal pasti kawasan berpotensi di negara ini untuk membuka lebih banyak cawangan pada masa depan.

--BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel