Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Semua tenaga pengajar perlu terlibat dengan HIP - Pengarah Pendidikan Sabah


Tarikh kemaskini: 13/11/2019




SANDAKAN, 13 Nov -- Program Imersif Tinggi (HIP), yang bertujuan meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris dalam kalangan pelajar perlu melibatkan semua tenaga pengajar, kata Pengarah Jabatan Pendidikan Sabah Dr Mistirine Radin.

Beliau menolak tanggapan bahawa HIP sepatutnya hanya diketuai oleh guru Bahasa Inggeris.

"Semua guru perlu menjadi sebahagian daripada HIP di sekolah untuk mempromosikan bahasa Inggeris dan ini adalah apa yang kita panggil pendekatan yang baik.

"Pihak yang paling penting adalah pelajar, yang perlu dipastikan mereka mampu menguasai bahasa itu dan menyertai aktiviti HIP," katanya pada perasmian Karnival HIP di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan Pegawai Bahasa Inggeris Jabatan Pendidikan Negeri, Muarifin Sufian Mochoeri.

Mistirine berkata usaha berterusan perlu dilakukan untuk menggalakkan pelajar serta guru untuk menguasai bahasa Inggeris.

Beliau berkata ini untuk memastikan pelajar dapat berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bukan sahaja di dalam bilik darjah, tetapi juga di luar.

Sebanyak 79 sekolah iaitu 59 sekolah rendah dan 20 sekolah menengah menyertai karnival HIP hari ini.

HIP  diperkenalkan pada 2016 di beberapa sekolah sebelum ia diwajibkan di semua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun lepas.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Nelayan hilang ditemui lemas di Kuala Dungun pagi ini - bomba

 
     

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel