Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Polis Sarawak sedia tempatkan pegawai penyiasat di kawasan pedalaman


Tarikh kemaskini: 13/11/2019




MIRI, 13 Nov  -- Polis Sarawak akan mengkaji mekanisme sesuai untuk menempatkan pegawai penyiasat di pedalaman negeri bagi memantapkan operasi serta memudahkan orang awam melaporkan aktiviti jenayah.

Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar M.M Sree berkata sesetengah kawasan di Sarawak tidak mempunyai pegawai penyiasat, seperti di Balai Polis Bario kerana pegawai itu ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Marudi, yang memakan masa 16 jam untuk sampai jika menggunakan perjalanan darat.

“Orang awam boleh membuat laporan polis di Bario tetapi pegawai penyiasat ditempatkan di IPD Marudi dan ini menyukarkan pengadu yang terpaksa mengharungi perjalanan darat selama 16 jam hanya untuk merakamkan kenyataan,” katanya kepada pemberita selepas sesi “Diskusi Dialog Awam Mencegah Jenayah” di sini hari ini.

Dev berkata selain Bario balai polis daerah Bekenu juga tidak mempunyai pegawai penyiasat kerana ditempatkan di IPD Miri, iaitu kira-kira sejam perjalanan darat dari Bekenu.

Terdahulu dalam ucapannya di majlis itu, beliau yang merujuk kepada khabar angin mengenai ada anggota polis yang bertugas dalam keadaan mabuk di Bekenu’ meminta orang awam supaya melaporkan sebarang insiden berkaitan terus kepadanya dengan segera.

“Saya perlukan tiga perkara penting iaitu tarikh, masa dan lokasi kejadian jika hendak melaporkannya kepada saya supaya siasatan dapat dilakukan,” katanya yang kemudiannya memberikan nombor telefon bimbitnya untuk dihubungi kepada hadirin.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Pekan Rantau Panjang kembali pulih

 
     

Pesta Pulau Pinang sasar 500,000 pengunjung

 
     

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel