Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Kejohanan berkuda anjuran IPC masuk kalendar pelancongan Perak


Tarikh kemaskini: 13/11/2019




IPOH, 13 Nov -- Kerajaan negeri Perak akan memasukkan kejohanan-kejohanan yang bakal berlangsung di Iskandar Polo Club (IPC) di sini dalam kalendar pelancongan negeri tahun hadapan. 

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata ia sebagai tanda sokongan pentadbiran kerajaan negeri kepada kelab itu yang kini telah berusia 100 tahun.

"Dengan penyertaan termasuk daripada antarabangsa pada kejohanan yang bakal diadakan, ia diharap dapat melonjakkan Perak sebagai pusat pelancongan utama di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas merasmikan sambutan 100 tahun Iskandar Polo Club di sini hari ini. 

Antara acara yang dijadual diadakan di IPC tahun hadapan adalah Kejohanan Low Goal-Piala Penaung, Kejohanan Kuda Lasak Endurance selain Kejohanan Antarabangsa Sukan Berkuda Memanah. 

IPC ditubuhkan pada 1920 oleh Sultan Perak ke-30, Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Idris Murshidul Azzam Shah di Kuala Kangsar sebelum dipindahkan ke Tambun di sini pada 1971.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel