Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dua lelaki Vietnam ditahan langgar syarat masuk Malaysia tawar seks songsang


Tarikh kemaskini: 13/11/2019





GEORGE TOWN, 13 Nov  -- Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Pulau Pinang menahan dua lelaki warga Vietnam yang didapati menyalahguna pas lawatan sosial mereka dengan menjalankan kegiatan mengurut untuk kaum sejenis dengan bayaran RM150 sejam.

Perbuatan mereka itu terbongkar apabila sepasukan anggota Bahagian Penguatkuasa JIM Pulau Pinang menyerbu sebuah hotel di Jalan Transfer, di sini kira-kira pukul 11 malam tadi.

Pengarah JIM negeri, Muhamad Husni Mahmud berkata pihaknya menyerbu sebuah bilik di hotel itu hasil risikan dan maklumat mengenai kegiatan songsang di situ, dan mendapati ada dua lelaki Vietnam sedang mengurut seorang lelaki tempatan dalam keadaan bogel.

"Hasil pemeriksaan, dua lelaki berusia 29 dan 31 tahun itu mengaku mereka menawarkan perkhidmatan urut dan seks songsang dengan mengenakan bayaran RM150 kepada pelanggan untuk perkhidmatan mereka. Mereka kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963," katanya.

Katanya mereka masuk ke negara ini menggunakan pas lawatan sosial sah yang akan tamat tempohnya akhir bulan ini, dan mereka didapati telah menetap di hotel berkenaan selama lima hari.

Muhamad Husni berkata siasatan awal mendapati dua lelaki itu mencari pelanggan dengan menggunakan media sosial dan pihaknya turut merampas wang tunai RM1,200 dipercayai hasil kegiatan mengurut serta khidmat seks.

-- BERNAMA  

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel