Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bonus dua bulan gaji buat penjawat awam Sarawak


Tarikh kemaskini: 13/11/2019





KUCHING, 13 Nov -- Semua penjawat awam negeri Sarawak akan menerima bonus dua bulan gaji atau minimum RM2,000, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Beliau yang juga Menteri Kewangan dan perancangan Ekonomi negeri berkata bayaran bonus itu akan dibuat hujung bulan Disember.

“Kerajaan negeri Sarawak mengiktiraf sokongan serta sumbangan oleh semua penjawat awam negeri di bawah kepimpinan Setiausaha Kerajaan Negeri dalam melaksanakan dasar-dasar kita, program serta projek-projek pembangunan dan juga perkhidmatan awam kepada rakyat.

“Sukacita saya nyatakan di sini bahawa perkhidmatan awam Sarawak amat penting dalam memastikan bahawa projek-projek pembangunan dilaksanakan mengikut tempoh masa yang tepat,” katanya semasa bacaan kedua Rang Undang-undang Perbekalan 2019 di Persidangan Dewan Undangan Negeri Sarawak di sini hari ini.

Abang Johari berkata perkhidmatan awam Sarawak boleh dianggap sebagai antara yang terbaik dalam negara.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     

Sultan Selangor berkenan hadir ke Jamuan Teh Diraja

 
     

LTTE: Permohonan ikat jamin dua ADUN, ketua pegawai perbadanan didengar Isnin

 
     

Dewan Negara: LPT2 catat 246 kes kemalangan maut dari Januari 2016-Oktober 2019

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel