Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

DUN Sarawak lulus Rang Undang-Undang Perbekalan 2020


Tarikh kemaskini: 13/11/2019





KUCHING, 13 Nov -- Dewan Undangan Negeri Sarawak hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2020, yang memperuntukkan RM9.891 bilion untuk belanjawan negeri pada tahun depan.

Daripada jumlah itu, RM6.597 bilion diperuntukkan untuk perbelanjaan pembangunan dan RM3.294 bilion untuk perbelanjaan mengurus.

Rang Undang-Undang itu yang dibentangkan oleh Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, diluluskan selepas bacaan kali ketiga.

Abang Johari, yang juga Menteri Kewangan dan Perancangan Ekonomi, berkata Belanjawan 2020 direka untuk mewujudkan persekitaran dan ekosistem pelaburan untuk sektor swasta melabur dalam usaha menjadikan negeri ini sebagai ekonomi maju.

“Paling penting, ini merupakan strategi pembangunan oleh kerajaan Sarawak untuk kebaikan Sarawak di masa depan,” katanya semasa membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua hari ini.

Abang Johari berkata untuk mencapai status ekonomi maju, Sarawak perlu mempunyai infrastruktur dan kemudahan awam yang mencukupi dan baik yang dapat menyokong dan menarik pelaburan swasta.

“Sarawak perlu mempunyai jaringan perhubungan dan komunikasi yang baik untuk membolehkannya menjayakan agenda pembangunannya.

“Bersama-sama dengan pembangunan bakat, semua ini akan menyediakan asas untuk Sarawak dalam usahanya untuk mencapai status negeri maju pada 2030,” katanya.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel