Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Arwah sempat ucap selamat hari lahir kepada ibu


Tarikh kemaskini: 14/11/2019




KOTA TINGGI, 14 Nov -- Inspektor polis yang maut ketika menyertai konvoi motosikal di Pekan, Pahang, pagi semalam, sempat menelefon ibunya dan mengucapkan selamat hari lahir kepadanya malam Selasa lepas.

Inspektor Muhammad Hilmie Quzaimi Rosli, 26, yang bertugas sebagai Pegawai Penyiasat Trafik di Bachok, Kelantan, ?????yang menyertai Konvoi Kursus Asas Menunggang Motosikal Berat Kelas B (KAMMB) maut akibat kemalangan di Kilometer 51, Jalan Kuantan-Segamat dalam kejadian pada 11.05 pagi itu.

Ibunyam, Ruziah Jaini berasa terkilan kerana tidak dapat melayan perbualan anak sulungnya itu menerusi panggilan telefon bimbit. 

"Dia  mengucapkan selamat ulang tahun ke-48 kelahiran tetapi saya tidak dapat melayan sepenuhnya kerana terlalu lama berbual.

"Arwah tetap mahu berbual dan berulang-ulang kali minta saya doakan untuk dirinya,” katanya penuh hiba kepada Bernama.

Wanita itu tidak menduga perbualan bersama anak sulungnya itu adalah kali terakhir.

Sementara itu, nenek Allahyarham, Fatimah @ Hamidah Kalam, 75, mengakui amat terkejut sejurus menerima berita kematian cucu keenamnya itu.

Malah katanya, seluruh keluarga amat terasa kehilangan Muhammad Hilmie, yang baru menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada Jun lepas. 

"Allahyarham tinggal bersama kami sejak bersekolah darjah satu. Sebelum ini dia sudah bekerja swasta dan bergaji lumayan tetapi berhenti kerana amat meminati kerjaya kepolisian," ujarnya. 

Menurut Fatimah, Muhammad Hilmie yang baru berkahwin dengan Norliyana Nordin, Ogos lepas memang rapat dengan keluarga serta seorang yang amat bertanggungjawab. 

Tambahnya, kali terakhir mereka bertemu pada cuti Depavali yang lalu. 

Dia juga membiayai enam adik-adiknya yang masih belajar dan bersekolah. 

Jenazah Muhammad Hilmie selamat dikebumikan pada 11.15 malam tadi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Felda Air Tawar 1. 

Jenazah Allahyarham yang telah siap dikafankan dibawa dengan kenderaan jenazah Ibu Pejabat Kontinjen Polis Pahang dari Hospital Pekan pukul 6 petang dan tiba pada 9.43 malam di rumah datuknya, Mohd Ani @ Jaini Md Deris di Felda berkenaan.

Hampir 200 penduduk menghadiri majlis pengebumian tersebut termasuk wakil Komandan Maktab PDRM Bakri Inspektor Mazlan Adam, serta anggota PDRM dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan, Pahang dan Kota Tinggi. 

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

K'jaan Selangor sedang proses kelulusan tapak tanah Highland Towers untuk dibangunkan semula

 
     

Kedah nafi keluarkan watikah kurniaan Ahli Kehormat DiRaja

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort 448 orang

 
     

PGA9 rampas rokok putih bernilai RM750,000

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel