Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Dr Mahathir hadir Sesi Dialog bersama penjawat awam Johor 


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





KULAI, 14 Nov -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menghadiri Sesi Dialog bersama penjawat awam negeri Johor dan persekutuan di sebuah hotel, di sini, hari ini.

Sesi itu yang menyentuh mengenai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) berlangsung selama sejam dan turut disertai Menteri Besar Johor Datuk Dr Sahruddin Jamal, Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani, barisan kepimpinan kerajaan negeri serta ketua-ketua jabatan kerajaan negeri dan persekutuan.

Turut hadir isteri perdana menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali. 

WKB 2030 yang dilancarkan kerajaan pusat pada Oktober lepas merupakan hala tuju ekonomi negara bagi tempoh 10 tahun bermula 2021-2030 serta kelangsungan kepada Wawasan 2020, mengambil kira keadaan semasa dan jangkaan keadaan yang berlaku dalam tempoh 10 tahun akan datang.

Ia juga bermatlamat menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang terus membangun secara mampan tetapi pada masa sama dapat menangani jurang kekayaan dan pendapatan dalam pelbagai peringkat.

Terdahulu, Dr Mahathir  yang juga pengerusi Pakatan Harapan (PH) dan pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) memulakan jadualnya hari ini dengan bersarapan pagi bersama masyarakat sekitar di Warung 800, Pekan Nanas, Pontian. Turut serta calon PH bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai Karmaine Sardini. Pengundian ditetapkan Sabtu ini.

Turut hadir Menteri Dalam Negeri yang juga Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin.

-- BERNAMA   

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel