Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Johor mahu perluaskan skim air percuma kepada M40


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





PONTIAN, 14 Nov  -- Kerajaan negeri Johor berhasrat untuk memperluaskan skim pemberian air percuma kepada golongan berpendapatan pertengahan (M40) dan juga meningkatkan kapasiti sehingga 15 atau 20 meter padu, berbanding 10 meter padu ketika ini.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Antarabangsa, Pelaburan dan Utiliti negeri, Jimmy Puah Wee Tse bagaimanapun berkata ia hanya akan dilaksanakan sekiranya keadaan kewangan kerajaan negeri mampu untuk menampung peruntukan tahunan.

Katanya setiap tahun kerajaan negeri memperuntukkan hampir RM22 juta khusus untuk skim pemberian air percuma yang setakat ini hanya diberikan kepada golongan berpendapatan rendah (B40) dengan kapasiti 10 meter padu.

“Memang (berhasrat), tetapi ikut kadar kewangan negeri dan sekiranya ada penambahan kemungkinan kita akan kembangkan program ini kepada golongan M40 atau pun daripada 10 meter padu kita tingkatkan lagi kepada 15 atau 20 meter padu.

“Tetapi ini untuk masa hadapan dan bukan tahun ini...hasrat itu ada cuma faktor kewangan tidak mengizinkan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan  Program Penerangan Air Percuma dan Skim Peduli Kesihatan (PEKA) B40  di Kampung Sungai Burong, di sini, hari ini.

Menurutnya setakat ini skim pemberian air percuma  itu telah memanfaatkan seramai 165,000 golongan B40 seluruh negeri.

Puah turut menjelaskan bahawa peruntukan  hampir RM22 juta setahun itu mampu menampung sehingga 250,000 golongan B40.

“Kita peruntukkan hampir RM22 juta tetapi tidak semua habis...kerana dalam 20 peratus mungkin ada yang tidak layak, tidak daftar.

“Kita mahu agar lebih ramai orang dapat manfaat...dan daripada 100 peratus sasaran kita (250,000), setakat ini hanya 80 peratus sahaja iaitu 165,000 golongan B40 yang terima manfaat,” katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel