Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pelancongan luar bandar berasaskan komuniti popular di Sabah - Ewon


Tarikh kemaskini: 14/11/2019




NABAWAN, 14 Nov-- Pelancongan luar bandar berasaskan komuniti yang semakin popular di Sabah perlu dimanfaatkan sepenuhnya, kata Menteri pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Ewon Benedick.

Beliau berkata oleh itu penduduk digalakkan supaya melibatkan diri secara agresif untuk mengusahakan industri yang menguntungkan itu di kampung masing-masing.

“Ada beberapa daerah yang telah kehadapan memajukan pelancongan luar bandar berasaskan komuniti, misalnya di Kadamaian Kota Belud yang telah berjaya menjana pendapatan lebih RM1 juta hasil bayaran atau yuran masuk pelancong ke kawasan itu.

“Selain Kadamaian, kawasan lain yang turut mengusahakan industri seperti itu  ialah Kiulu, Tambunan dan Ranau. Sebab itu saya menggalakkan penduduk kampung mengusahakan pelancongan berasaskan komuniti di kampung masing-masing terutamanya yang mempunyai potensi yang menarik seperti sungai, gunung dan bukit,” katanya.

Ewon berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyampaian watikah kepada 13 Ketua Kampung kawasan Nabawan di sini, semalam.

Ewon berkata walaupun daerah Nabawan terletak jauh dari pusat bandaraya Kota Kinabalu namun pelancong akan tetap mengunjungi kawasan itu sekiranya pakej pelancongan yang disediakan penduduk kampung itu menarik.

“Kalau produk pelancongan itu menarik dan pakej itu dapat kita promosi dan tonjolkan kepada pelancong dengan baik, saya fikir sejauh manapun tempat itu, orang tetap akan berkunjung juga,” katanya.

Katanya, sebagai sokongan kepada pelancongan luar bandar berasaskan komuniti, kementeriannya menyediakan sejumlah peruntukan untuk menyelenggara dan menaik taraf jalan menuju ke kawasan pelancongan komuniti.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel