Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Amphibian Humdinga mantapkan persediaan PPM Wilayah 3 hadapi banjir


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





TUMPAT, 14 Nov - Kenderaan Amphibian Humdinga bernilai RM4.9 juta yang diterima   seminggu lepas memantapkan lagi persediaan Pasukan Polos Marin (PPM) Wilayah 3 dalam menghadapi musim banjir kali ini, kata Komandernya ACP Norzaid Muhammad Zaid.

Beliau berkata kenderaan itu boleh digunakan di daratan dan dalam air bagi tujuan menyelamat mangsa banjir sepertimana bot jenis Sealegs sedia ada yang boleh memuatkan lapan penumpang pada satu-satu masa.

 Selain itu10 buah bot sedia ada di pangkalan selain bot yang ada di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tumpat akan digunakan untuk operasi membantu dan menyelamat mangsa banjir nanti, katanya  kepada pemberita di sini, hari ini berhubung persediaan pasukan itu untuk menghadapi banjir.

Katanya mengikut kenyataan Jabatan Meteorologi,  dijangka berlaku air pasang besar pada 23 hingga 26 Nov ini yang boleh menyebabkan banjir dan hujan lebat peringkat kuning juga dijangka berlaku pada esok dan lusa yang boleh menyebabkan kawasan rendah dinaiki air.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel