Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Sultan Nazrin rasmi Ekspo Antarabangsa Perak 2019


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





IPOH, 14 Nov -- Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini berkenan merasmikan Ekspo Antarabangsa Perak 2019 (PIEX 2019) di Stadium Indera Mulia di sini.

Selepas menyampaikan titah perasmian, baginda berkenan meluangkan masa mendengar ucaptama daripada Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Pembangunan Sukan, Howard Lee Chuan How dan Pakar Ekonomi Jeffrey D. Sachs. 

Baginda yang diiringi Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu turut meluangkan masa melawat ekspo yang disertai 400 pempamer dari pelabur tempatan dan juga syarikat luar negara antaranya India, Bangladesh dan Afrika.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri dan Pembangunan Wilayah negeri, Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin serta barisan Exco-exco kerajaan negeri.

Ekspo yang diadakan selama empat hari bermula hari ini mempunyai empat komponen besar yang akan berlangsung serentak iaitu Dialog Pembangunan Antarabangsa Pangkor, Festival Startup Perak, Pride of Perak (POP) dan Ekspo Halal Antarabangsa Perak (Perak Halal 2019).

Terdahulu Ahmad Faizal dalam ucapannya berkata penganjuran PIEX 2019 dengan tema ‘Menawarkan Kemungkinan Tanpa Batasan kepada Dunia’ dilihat kena pada masanya kerana ia mencerminkan aspirasi kepimpinan negeri untuk meletakkan Perak di dalam peta industri global, di samping menjadi sebahagian daripada inisiatif kerajaan kearah mewujudkan akses global buat syarikat kecil dan sederhana (SME).

Beliau berkata penganjuran PIEX amat penting bagi mempamerkan kesungguhan kerajaan negeri merebut peluang daripada revolusi industri yang sentiasa berkembang pantas.

“Saya juga percaya Perak memiliki banyak potensi “Ali Baba Jack Ma”. Apa yang mereka perlukan adalah landasan yang baik, dan bagi tujuan ini kerajaan negeri perlu memainkan peranan penting sebagai fasilitator dalam mencari dan memperkasa pelabur yang tepat,” katanya.

Selain itu Ahmad Faizal berkata usaha meningkatkan sistem penyampaian kerajaan adalah satu keutamaan kerana para pelabur menghargai kepantasan dan ketelusan.

“Saya mempunyai kepercayaan penuh terhadap sistem ‘fast track’, dan sebolehnya isu-isu kelewatan dapat dihapuskan dan diminimumkan supaya para pelabur dapat menikmati pengalaman yang terbaik,” katanya.

Ahmad Faizal berkata beliau berharap PIEX 2019 akan da[pat memainkan peranan penting dalam mewujudkan peluang-peluang kepada kerjasam ekonomi dan perdagangan dengan pelabur yang tepat; sekaligus membuka jalan kepada uusahawan tempatan untuk meneroka peluang-peluang pasaran global.

PIEX 2019 merupakan anjuran bersama Invest Perak dan Dewan Perniagaan Cina Perak, disokong oleh Dewan Perniagaan dan Industri Melayu Perak, Dewan Perniagaan Malaysia, Dewan Perniagaan dan Industri Malaysia, Dewan Perniagaan dan Industri Antarabangsa Malaysia serta Persekutuan Pekilang-pekilang Malaysia (Perak).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     

Latihan kemahiran percuma kepada kumpulan B40 dperluas ke Sabah, Sarawak - NIOSH

 
     

Banjir di Kelantan pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup tengah hari ini

 
     

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel