Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Melaka tubuh jawatankuasa fokus pembangunan pulau jangka masa panjang


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





MELAKA, 14 Nov -- Kerajaan negeri telah menubuhkan Majlis Pembangunan Pulau-Pulau Melaka (MPPM), yakni sebuah jawatankuasa yang diberi tanggungjawab khusus bagi merangka rancang pembangunan pulau-pulau di Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata majlis itu akan membentangkan pelbagai cadangan sebelum dibawa untuk mendapatkan kelulusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN), dengan memberi fokus kepada rancangan pembangunan jangka panjang di lapan pulau yang terdapat di Melaka, antaranya Pulau Besar dan Pulau Upeh.

"Antara fokusnya ialah perancangan bagi meningkatkan jumlah pelancong dan pelabur selain menetapkan ciri-ciri infrastruktur yang akan dibangunkan seperti struktur binaan bangunan, reka bentuk, dan bahan binaan.

"Selain itu ia juga akan merencana tindakan pemuliharaan dan pemiliharaan alam sekitar termasuk dasar laut," sidang media Mesyuarat Exco Keraajan Negeri Melaka selepas melawat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Laksamana di sini, hari ini.

Katanya Timbalan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Saiful Hazwa Kipli dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi menerajui Majlis berkenan.

Sementara itu, Adly berkata kerajaan negeri menetapkan kaedah pemilihan ahli Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) akan dilaksanakan secara pungutan suara iaitu secara pengundian.

Katanya penyelarasan pemilihan itu diletakkan dibawah tanggungjawab Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Seri Hasim Hasan.

"Selain itu seramai lapan ketua belia dilantik di Jawatankuasa Pembangunan dan Penyelarasan Dewan Undangan Negeri (Japerun) oleh Jabatan Belia Dan Sukan.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel