Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penerbangan pertama Ipoh-Guangzhou pada 27 Nov ini


Tarikh kemaskini: 14/11/2019




IPOH, 14 Nov -- Penerbangan pertama dari Ipoh ke Guangzhou, China, bakal dilancarkan di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS), di sini, pada 27 Nov ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Perak Tan Kar Hing berkata susulan pelancaran itu, dua penerbangan terus ke Guangzhou akan dibuat dalam seminggu iaitu pada hari Rabu dan Sabtu.

“Orang ramai terutamanya dari Perak boleh mendapatkan maklumat lanjut serta harga tiket untuk perjalanan itu di laman web www.scandasky.com. Saya difahamkan ada diskaun tambahan bagi anak Perak yang memiliki kad pengenalan sebagai bukti lahir di sini,” katanya.

Bercakap pada sidang media di Ekspo Antarabangsa Perak 2019 (PIEX 2019) di sini hari ini, beliau berkata sehubungan itu beliau berharap agar pemain industri pelancongan dapat menyediakan pakej-pakej pelancongan yang menarik dengan memanfaatkan penerbangan ke Guangzhou itu.

“Saya juga berterima kasih kepada pihak ScandaSky yang diterajui Tengku Faizwa Tengku Razif kerana membantu kerajaan negeri Perak untuk menjayakan penerbangan ini,” katanya.

Terdahulu, Sultan Perak Sultan Nazrin Shah yang berkenan merasmikan Ekspo hari ini turut menandatangani plak gimik pelancaran laman web www.scandasky.com di perkarangan Stadium Indera Mulia.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel