Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

UniMAP sasar 90 peratus kebolehpasaran graduan


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





ARAU, 14 Nov -- Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) meletakkan sasaran 90 peratus kebolehpasaran graduannya untuk tahun ini, berbanding pencapaian 84.50 peratus pada tahun lepas.

Naib Canselornya, Prof R. Badlishah Ahmad berkata berdasarkan kaji selidik yang masih sedang berlangsung, 59.14 peratus daripada 2,817 graduan telah menempatkan diri dalam sektor pekerjaaan antaranya di syarikat multinasional, badan berkanun dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) setakat 12 Nov lepas.

Bagaimanapun menurutnya jumlah 2,817 graduan itu hanya mewakili 77.24 peratus graduannya.

“Saya percaya UniMAP boleh mencapai lebih 90 peratus untuk tahun 2019 kerana masih ada lagi graduan yang belum menyelesaikan kaji selidik itu,” katanya dalam sidang media sempena Istiadat Konvokesyen ke-14 universiti itu di sini, hari ini.

Istiadat konvokesyen yang akan berlangsung bermula 16 hingga 19 Nov ini menyaksikan 3,647 pelajar bakal menerima Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana, Sarjana Muda dan Diploma masing-masing.

Selain itu, UniMAP akan turut menganugerahkan tiga Ijazah Kehormat kepada individu yang banyak berjasa kepada institusi itu termasuk pemilik Kumpulan Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel