Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tular video: Timbul setiap kali menjelang sidang DUN - Abdul Aziz


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





IPOH, 14 Nov -- Naib Pengerusi DAP Perak Dr Abdul Aziz Bari berkata pihak tertentu sengaja melakukan provokasi dan kali ini menjelang persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Abdul Aziz yang merujuk  kepada penularan video berdurasi lima minit yang didakwa memaparkan perbualan antara beliau dengan beberapa individu daripada Pakatan Harapan kononnya mahu menggulingkan Menteri Besar Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Teknologi, Sains dan Alam Sekitar turut menzahirkan rasa hairan kenapa ia hanya tular tiap kali menjelang sidang DUN. 

"Esok sidang DUN akan bermula selama seminggu jadi saya fikir tidak perlu ulas lagi cuma berasa pelik isu begini sering timbul apabila setiap kali menjelang sidang DUN yang seolah-olah hendak provokasi kami (DAP).

"Bagaimana hendak jatuhkan? Hendak bunuh? Hendak tangkap atau culik? Semua tak berlaku. Saya tidak tahu bila video itu (dirakam), saya tiada masa untuk melihatnya  berikutan terlalu sibuk untuk menyelesaikan masalah rakyat seperti isu lalat yang membelenggu penduduk di Manjung," kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebing Tinggi itu kepada pemberita selepas perasmian Ekspo Antarabangsa Perak 2019 di Stadium Indera Mulia di sini hari ini.

Perak mempunyai 59 ADUN dengan 30 daripada Pakatan Harapan terdiri daripada DAP (18), Amanah (enam), PKR (empat) dan Bersatu (dua) manakala BN (25), PAS (tiga) serta Bebas (satu).

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel