Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maritim Pulau Pinang tahan 15 nelayan positif dadah


Tarikh kemaskini: 14/11/2019





GEORTE TOWN, 14 Nov -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Pulau Pinang menahan seramai 15 kru bot selepas didapati positif dadah dalam Operasi Bersepadu yang dijalankan di sekitar perairan Pulau Pinang, hari ini.

Pengarah Maritim negeri Kapten Hamizan Harun berkata daripada 154 nelayan yang menjalani saringan air kencing dalam operasi yang bermula dari pukul 7.00 pagi sehingga 3.30 petang itu, 15 didapati positif dadah jenis ganja, methamphetamine serta  morfin.

"Dua daripada mereka yang positif dadah itu merupakan warga Thailand dan Indonesia. Kesemua 15 orang lelaki berusia antara 20 dan 45 tahun itu ditahan untuk siasatan lanjut," katanya di sini hari ini.

Sementara itu, Hamizan berkata pihaknya turut menahan sebuah bot nelayan tempatan tanpa nombor pendaftaran yang melakukan aktiviti menangguk kerang di tapak kultur kerang tanpa lesen yang sah kira-kira 0.5 batu nautika dari barat muara Sungai Kerian, Nibong Tebal dekat sini

Katanya penguatkuasa APMM yang menjalankan Op Pertiwi/Op Bersepadu telah menahan bot itu kira-kira pukul 5 petang semalam dan terdapat dua lelaki  berusia 25 tahun berada di atas bot bersama bersama peralatan tangguk kerang serta kerang sebanyak 15 kilogram.

"Mereka ditahan untuk siasatan lanjut menurut Seksyen 8(a) Akta Perikanan 1985 dan Peraturan 4(1) Peraturan-peraturan Perikanan (Pemuliharaan dan kultur kerang 2002) kerana melakukan aktiviti menangguk kerang dari tapak kultur kerang tanpa lesen yang sah," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Malaysia perlu rebut peluang bangun pelancongan mesra Muslim

 
     

Air terawat di Pulau Pinang antara paling bersih dan selamat di Malaysia

 
     

Sokongan keluarga, majikan cetus kejayaan penerima Anugerah Canselor

 
     

P. Pinang catat 384 kes rogol dari tahun 2014 hingga 2018

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel