Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jalan sekitar Ipoh ditutup sempena Rumah Terbuka Malaysia Deepavali 2019


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





IPOH, 15 Nov -- Beberapa jalan sekitar bandar raya Ipoh akan ditutup dan dilencongkan mulai 6 petang hari ini sehingga 11 malam esok bersempena Majlis Rumah Terbuka Malaysia (MRTM) Deepavali 2019 di Dataran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) esok.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP A. Asmadi Abdul Aziz berkata laluan terbabit melibatkan Persiaran Bandaraya di hadapan MBI, Jalan Sultan Abdul Jalil dan Jalan Dato Seri Ahmad Said.

"Persiaran Bandaraya mula ditutup 6 petang hari ini manakala Jalan Sultan Abdul Jalil akan mula ditutup  6 petang esok dan akan dilencongkan dari persimpangan Pusat Konvensyen Ipoh (ICC) ke arah Jalan Dato Seri Ahmad Said.

"Di Jalan Dato Seri Ahmad Said pula akan dilencongkan dari Persiaran Greentown ke arah Jalan Greentown (Universiti Kuala Lumpur) bermula 6 petang hingga 11 malam esok,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di sini hari ini.

Katanya, perkhidmatan empat buah bas ulang-alik  disediakan dari Buntong ke Dataran MBI selain menyediakan lebih 1,000 ruang parkir kenderaan awam antaranya kawasan lot parkir Pusat Perniagaan Greentown, lot parkir Pusat Perniagaan Greentown Square dan lot parkir pusat perniagaan di Jalan Raja Ekram dan Jalan Seenivasagam.

"Lebih 10,000 pengunjung dijangka hadir bagi memeriahkan majlis tersebut, oleh itu, orang awam diminta untuk datang awal serta mengikut arahan dan nasihat pihak berkuasa bagi memastikan segalanya berjalan lancar,” katanya.

A. Asmadi berkata kawasan tapak parkir dalam MBI dan tempat parkir bertingkat di ICC pula disediakan untuk tetamu jemputan khas, sekretariat dan media.

Beliau berkata sebanyak 867 anggota daripada semua unit Polis Diraja Malaysia (PDRM)  termasuk 150 anggota daripada pasukan bantuan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Jabatan Kesihatan akan ditugaskan bagi memastikan semuanya berjalan lancar.

Dalam pada itu, beliau mengingatkan penggunaan dron oleh orang awam tidak dibenarkan dan boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 206 (3) Peraturan Penerbangan Awam.

"Pihak polis juga akan menyediakan balai polis bergerak dan rondaan bagi memastikan keselamatan orang ramai terjamin dan segala aspek jenayah dikawal," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel