j66PzW0H0f8 Penganggur didakwa bunuh ibu kandung
Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Penganggur didakwa bunuh ibu kandung


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





KUANTAN, 15 Nov -- Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas tuduhan membunuh ibu kandungnya yang lumpuh, di rumah mereka di sini  pada Selasa lepas.

Tertuduh Mohd Ridzuan Mustafa, 38, sekadar mengangguk faham terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Nordiana Abd Aziz. 

Mohd Ridzuan didakwa membunuh Sefiah Hamid, 62, antara 8.40 pagi hingga 10.30 pagi, 12 Nov lepas di sebuah rumah di Taman Kampung Padang di sini. 

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nasrul Hadi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan. Pada prosiding itu, tertuduh tidak diwakili peguam    . 

Nordiana memerintahkan supaya tertuduh dihantar ke Hospital Permai, Johor dan menetapkan 17 Dis ini sebagai tarikh sebutan semula kes untuk mendapatkan laporan mental tertuduh. 

Media pada Selasa lepas, melaporkan seorang lelaki yang dipercayai menghidap masalah mental telah menikam leher ibunya sehingga maut, sebelum membawa jenazah wanita itu yang diletakkan di atas kerusi roda keluar dari rumah. 

Suspek dikatakan menolak kerusi roda itu sejauh 50 meter sebelum kejadian itu disedari sekumpulan penduduk yang sedang bersarapan di kedai kopi. 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel