Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Peniaga burger cedera ditikam di dada


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





ALOR SETAR, 15 Nov -- Seorang peniaga burger cedera ditikam di bahagian dada oleh seorang lelaki yang tidak dikenalinya di Jalan Tunku Asaad di Kulim, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kulim Supt Mohd Yusuf Shaari berkata dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa yang berusia 32 tahun sedang berniaga di hadapan kedai serbaneka sebelum suspek berusia  34 tahun datang ke gerainya.

“Suspek cuba mengambil wang tunai di dalam bekas di atas meja gerai berkenaan dan mangsa bertindak menghalang suspek. Tindakan itu menyebabkan suspek mengambil sebilah pisau pemotong sayur di atas meja sebelum menikam mangsa di bahagian tengah dada.

“Orang awam yang berada di tempat kejadian berjaya menahan suspek sebelum menyerahkannya kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Kulim untuk menerima rawatan dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Suspek yang mempunyai satu rekod jenayah lampau dipercayai mempunyai masalah mental. Kes disiasat mengikut Seksyen 394/397 Kanun Keseksaan,” katanya.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel