Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiga pintu kawalan air pasang surut di Pasir Puteh/Bachok berfungsi baik


Tarikh kemaskini: 15/11/2019




PASIR PUTEH, 15 Nov  --  Tiga pintu kawalan air pasang surut  dan lebih 15 rumah pam air di  jajahan Pasir Puteh dan Bachok berfungsi dengan baik untuk menghadapi banjir pada musim tengkujuh ketika ini, kata Pengarah Rancangan Pembangunan Pertanian Bersepadu  (IADA) Kemasin Semerak Nik Hamadi Nik Abdullah.

Beliau berkata tiga pintu kawalan itu terletak di Kampung Gong Kulim  dan Kampung Lembah di Pasir Puteh dan Pangkalan Petah di Bachok.

“Ketiga-tiga pintu itu berfungsi mengalirkan air yang berlebihan dari kawasan daratan ke Laut China Selatan dan menghalang kemasukan air apabila berlaku air pasang besar,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Nik Hamadi berkata  kerajaan sebelum ini membelanjakan peruntukan RM3 juta untuk membaik pulih pintu air di Pengkalan Petah.

Beliau berkata kesemua rumah pam juga berfungsi dengan baik dan mampu mengepam air dari kawasan daratan ke dalam parit berdekatan atau ke Terusan Semerak sebelum dialirkan ke laut.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini memberi amaran negeri-negeri di Pantai Timur  diramalkan akan  menerima hujan lebat antara empat hingga enam episod bermula November sehingga awal tahun depan.

 

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel