Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tahfiz di Perak berdepan tindakan mulai tahun hadapan jika gagal patuhi aspek keselamatan


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





IPOH, 15 Nov -- Pengusaha tahfiz di Perak bakal berdepan tindakan undang-undang sekiranya gagal mematuhi aspek keselamatan yang ditetapkan Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) bermula tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Asmuni Awi berkata moratorium akan diberikan sehingga Jun tahun hadapan sebelum penilaian lanjut dilakukan bagi menentukan tindakan undang-undang terhadap pihak yang gagal mematuhi aspek keselamatan.

"Dalam hubungan ini, kerajaan buat sementara waktu tidak bercadang untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas pengusaha tahfiz yang gagal mematuhi aspek keselamatan tetapi akan terus memberi tunjuk ajar dan nasihat supaya mereka mematuhi dengan ciri keselamatan seperti ditetapkan dalam peraturan,” katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Asmuni (PH-Manjoi) berkata demikian semasa menjawab soalan Ng Shy Ching (PH-Teja) yang ingin tahu bagaimana Kerajaan Negeri memastikan keselamatan bangunan sekolah tahfiz bagi menangani isu ketidakpatuhan terhadap aspek keselamatan yang ditetapkan oleh pihak bomba.

Terdapat 82 sekolah tahfiz di seluruh Perak iaitu lima sekolah menengah tahfiz milik kerajaan dan 77 lagi dimiliki oleh pihak swasta atau persendirian.

“Pihak kerajaan telah mengadakan satu ‘Town Hall Talk’ di Institut Tadbiran Islam di mana semua pengusaha Mahaad Tahfiz telah dipanggil untuk satu perbincangan berhubung isu keselamatan. Rumusan daripada perbincangan ini menetapkan bahawa mereka sensitif dan mengambil pengiktirafan isu keselamatan bagi mahaad tahfiz," katanya.

-- BERNAMA

 

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel