Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Bomba kesan lelaki hilang dikhuatiri lemas di Sungai Kelantan


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





MACHANG,15 Nov -- Bomba Machang hari ini meneruskan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang dikhuatiri lemas, selepas terjatuh ke dalam Sungai Kelantan di Kampung Maka, Joh, Labok di sini, semalam.

Pegawai Bomba dan Penyelamat Machang, Nik Ahmad Afsham Nik Pa berkata operasi pencarian Zarawi Mohamed, 35, disambung semula 8 pagi tadi, selepas ditangguhkan malam tadi.

“Mangsa dipercayai tergelincir dan terjatuh daripada tebing sungai dan dihanyutkan arus deras, dalam kejadian pukul 11 pagi semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, usaha mencari mangsa agak sukar disebabkan arus deras, berikutan hujan di kawasan hulu Kelantan sejak semalam.

Katanya, turut menyertai gerakan mencari termasuk anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD)   Machang dan pasukan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), membabitkan jarak satu kilometer daripada tempat mangsa dilaporkan hilang.

-- BERNAMA


 

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel