Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Wakil rakyat baru Tanjung Piai ditentukan esok


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





PONTIAN, 15 Nov  -- Selepas mengharungi 14 hari tempoh berkempen, esok penduduk dan pengundi di kawasan Parlimen Tanjung Piai akan memilih wakil rakyat baharu mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen kawasan itu.

Kesemua pengundi biasa melibatkan 52,471 orang bakal menunaikan tanggungjawab di 27 pusat mengundi menerusi 125 saluran di bawah Dewan Undangan Negeri (DUN) Pekan Nanas dan Kukup. 

Jumlah ini tidak termasuk ??????91 peratus daripada 280 pengundi awal terdiri daripada anggota dan pegawai polis yang telah pun melaksanakan tanggungjawab masing-masing pada Selasa lepas (12 Nov).

Daripada keseluruhan pusat mengundi yang bakal dibuka, 11 daripadanya adalah di DUN Pekan Nanas iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Kudus, SK Tanjong Ayer Hitam, SK Parit Haji Adnan, SK Melayu Raya, SK Kampong Sawah, SK Seri Bunian, SK Pengkalan Raja, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Mohd Yunos Sulaiman, SMK Pekan Nanas, SK Pekan Nanas dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Yung Ming 1 dan 2. 

Sebanyak 16 lagi adalah di DUN Kukup merangkumi SK Jeram Batu, SJKC Bin Chong, SJKC Cheow Min, SK Rimba Terjun, SK Sungai Bunyi, SK Rambah, SK Parit Rambai, SK Belokok, SK Telok Kerang, SK Penerok, SK Sungai Boh, SJKC Pei Chao, SMK Sri Kukup, SK Sungai Durian, SK Serkat dan SK Andek Mori.

Semua pusat pengundian itu akan dibuka bermula pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang dan kesemua undi akan dikira di pusat penjumlahan rasmi undi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini.

Selepas penamaan calon 2 Nov lepas, PRK Parlimen Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru antara calon Pakatan Harapan Karmaine Sardini, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng (Barisan Nasional), Wendy Subramaniam (Gerakan) dan Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz (Berjasa); serta dua calon Bebas, Dr Ang Chuan Lock dan Faridah Aryani Abd Ghaffar.

Esok, Karmaine dijadual mengundi di SK Telok Kerang dan Wee di SJKC Yu Ming 1 dan 2 manakala empat lagi calon bukan pengundi Parlimen Tanjung Piai.

Kerusi Parlimen itu kosong berikutan kematian Datuk Dr. Md Farid Md Rafik pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel