Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Jangan bimbang keluar mengundi esok, aspek keselamatan dijamin - Muhyiddin


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





PONTIAN, 15 Nov  -- Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini memberi jaminan bahawa polis sentiasa bersiap sedia untuk memastikan keselamatan ketika proses Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai berjalan lancar, esok.

Menterinya Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata masyarakat di kawasan terlibat tidak perlu bimbang dan takut untuk keluar menunaikan tanggunggjawab mereka mengundi.

“Saya bagi jaminan selaku Menteri KDN, polis mempunyai tenaga yang cukup untuk menentukan perjalanan pilihan raya berjalan lancar.

“Setakat hari ini keadaan cukup terkawal. Kita yakin keadaan keselamatan baik," katanya kepada pemberita selepas bertemu pemandu kenderaan dan petugas ejen pengundian, ejen pengiraan dan barung (PACABA) Pakatan Harapan di Eco Rambah, di sini, hari ini.

Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh berkata berkata demikian ketika ditanya mengenai persiapan terakhir polis menjelang hari pengundian esok.

Pada PRK kali ini, 1,700 anggota dan pegawai polis ditugaskan sepanjang tempoh kempen dan hari pengundian.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel