Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tiada penglibatan pihak lain batal jemputan Azmin, kata Anwar


Tarikh kemaskini: 15/11/2019





KUALA TERENGGANU, 15 Nov  -- Tiada sebarang penglibatan 'tokoh' dalam PKR berhubung keputusan membatalkan jemputan Datuk Seri Azmin Ali merasmikan Kongres Angkatan Muda Keadilan ((AMK), kata Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata keputusan itu sebaliknya telah dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) sebelum ini.

"Apa-apa perubahan (keputusan) bukan ugutan dari mana-mana tokoh tetapi mesti dibuat melalui majlis mesyuarat.

"Keputusan ini telah dibuat oleh biro politik dan majlis MPP yang terbuka, bukan keputusan setiausaha agung sebagaimana yang disebut," katanya pada sidang media selepas merasmikan Konvensyen Keadilan Terengganu dan Kelantan di sini hari ini.

Ketika ditanya mengenai dakwaan timbalannya itu (Azmin) bahawa wujud tangan ghaib di belakang keputusan tersebut, beliau sambil ketawa berkata: "Tengoklah (tangan) dari langit ke atau dari bulan".

Tambahnya kebanyakan ketua-ketua cabang juga masih mahu konvensyen diteruskan dan hanya ada beberapa tokoh di Sarawak yang membantah.

Beliau yang enggan mengulas lanjut menegaskan bahawa isu tersebut telahpun selesai.

Ketika berucap pada konvensyen itu, Anwar menekankan bahawa pemilihannya sebagai perdana menteri kelapan telah dibuat secara bersama dalam Pakatan Harapan dan bukan atas kehendaknya sendiri.

Katanya, kesepakatan itu telah diputuskan pada 7 Jan 2018 ketika beliau masih lagi dipenjara.

“Jadi perdana menteri kelapan bukan cadangan saya. Nak ubah…boleh, bawa usul dalam kongres PH. Bagi pihak saya selagi saya diberi amanah sebagai presiden saya akan lakukan sedaya upaya perkuatkan parti. Apabila sampai giliran saya jadi perdana menteri, saya akan tadbir sedaya upaya," katanya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel