Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Amanah Kedah fokus ke arah budaya kerja kelas pertama


Tarikh kemaskini: 16/11/2019




ALOR SETAR, 15 Nov  -- Kepimpinan parti Amanah Negara (Amanah) Kedah diseru agar bekerja dengan lebih terancang dan sistematik ke arah melaksanakan budaya kerja kelas pertama dalam menghadapi situasi semasa politik yang semakin mencabar.

Pengerusi Amanah Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh berkata, gerak kerja parti harus berlandaskan kepada semangat motivasi yang sangat tinggi, berupaya bekerja di luar kelaziman dan tidak boleh lagi bergerak dalam zon selesa terutama setelah PAS dan UMNO bergabung.

"Teknik rancang, laksana dan pantau hendaklah dibudayakan supaya aktiviti yang dirancang berjaya dilaksanakan sepenuhnya," katanya kepada pemberita pada Konvensyen Amanah Kedah yang dirasmikan Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari di sini, hari ini.

Latihan akan disediakan untuk semua kawasan serta cawangan dan pihak pengurusan parti negeri juga akan melantik pasukan audit dalaman mengikut zon untuk memantau, membimbing dan melaporkan perkembangan aktiviti di setiap kawasan.

Beliau berkata, perkembangan semasa politik negara dan di Kedah khususnya, memaksa parti untuk merancang strategi terbaik untuk memenangi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Hakikat pada PRU15 nanti, PAS dan UMNO bersama sebagai satu gabungan dan Pakatan Harapan (PH) Kedah dijangka hadapi jalan yang sukar.

"Kita perlu menyerang bertubi-tubi, turun padang di kawasan pembangkang dengan pelbagai aktiviti untuk meraih sokongan berbekalkan fakta, penjelasan, kebajikan dan akhlak yang mulia," kata Ismail.

Beliau berkata pendekatan Amanah yang inklusif, amanah, progresif dan peduli juga diyakini akan dapat menarik sokongan rakyat terhadap parti dan PH khususnya.

Katanya lagi, jika pemerintah sebelum ini dikritik kerana tidak prihatin, tidak turun padang atau menindas rakyat, teguran sama akan dihadapi kepimpinan kini jika tidak menunjukkan prestasi yang baik.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel