Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Henry Golding tersenarai dalam Time 100 Next


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





KUALA LUMPUR, 15 Nov  -- Pelakon antarabangsa kelahiran Malaysia, Henry Golding terus mencipta kejayaan sendiri dan tersenarai dalam  senarai bintang meningkat naik, TIME 100 Next.   

“Gembira menjadi sebahagian daripada @time Next 100 dengan insan yang benar-benar istimewa. Terima kasih momma @michelleyeoh_official untuk petikan itu,” kata Golding dalam Instagramnya.

Pelakon utama filem “Crazy Rich Asians” disenaraikan dengan selebriti antarabangsa seperti Camila Cabello, Billie Eilish, Liza Koshy, Jason Reynolds, Ezra Miller dan Ryan O’Connell.

Pada laman sesawang rasmi TIME, pelakon wanita Hollywood dari Malaysia, Michelle Yeoh juga meletakkan pandangannya terhadap Golding dengan menggambarkan beliau adalah seorang yang tidak melupakan  asal usulnya. 

“Bangsanya, latar belakang dan kejayaan beliau menggambarkan sesuatu yang tidak dapat dielakkan - bahawa kami semua adalah satu bangsa, satu budaya sejagat dan kami semua tidak lagi perlu bercakap mengenai kontroversi yang mengelilingi soal perwakilan. 

“Saya bangga usahanya untuk mewakili Asia,” kata Yeoh yang juga membintangi filem Last Christmas bersama Golding.

Golding, juga seorang peragawan dan penyampai membuat penampilan pertamanya sebagai seorang hos BBC The Travel Show pada 2014. 

Beliau kemudian menjadi popular dalam filem pertamanya Crazy Rich Asian dalam 2018 yang juga dibintangi Anna Kendrick selain Black Lively dalam filem thriller A Simple Favour dalam tahun yang sama.  

Senarai yang dilancarkan pada 13 Nov mengetengahkan 100 bintang meningkat naik di seluruh dunia yang membentuk masa hadapan perniagaan, sukan, politik, sains dan kesihatan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel