Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Pasukan footgolf pertama Malaysia bertanding di Piala Asia


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Pasukan FootGolf pertama Malaysia bakal bertanding di Piala Asia FootGolf  Yamaha  2019 di Horizons Golf Resort, Port Stephens, Australia dari 18 hingga 22 Nov ini.

Kapten pasukan lelaki kebangsaan Jeffrey Dean Abdul Daud @ Cottam dan kapten wanita Steffi Sidhu @ Sarge Kaur akan mengetuai cabaran dalam acara individu dan berpasukan menerusi kategori lelaki, wanita dan senior. 

Jeffrey Dean berkata penyertaan pasukan negara di Piala Asia itu menjadi batu loncatan bagi  mencapai  matlamat menyertai Piala Dunia FootGolf di Jepun tahun depan.  

“Ini merupakan saat yang membanggakan bagi kami, semasa kami bermula tidak lama dahulu, matlamat kami untuk menyertai Piala Dunia FootGolf.

“Oleh itu, Piala Asia ini satu permulaan dan batu loncatan bagi kami untuk mencapai matlamat tersebut. Kami menyasarkan kedudukan tiga terbaik,” katanya seperti dipetik menerusi kenyataan oleh FootGolf Malaysia, hari ini.

Menurut kenyataan itu, skuad negara bakal berentap dengan pemain handalan dari Jepun, China, Taiwan, Korea Selatan, Australia dan New Zealand.

FootGolf adalah kombinasi dua sukan, iaitu bola sepak dan golf yang mana peraturan permainan adalah sama seperti golf.

Objektifnya adalah untuk memastikan bola bersaiz lima, masuk ke dalam lubang (53.34 sm) dalam jumlah sepakan terendah. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel