Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Press Metal kuasai 25 peratus loji penapis aluminium Indonesia


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





KUALA LUMPUR, 15 Nov -- Syarikat peleburan aluminium terbesar di Asia Tenggara, Press Metal Aluminum Holdings Bhd, memperoleh bekalan aluminium jangka panjang dengan menguasai 25 peratus kepentingan ekuiti dalam PT Bintan Alumina Indonesia (PT BAI) membabitkan US$80.23 juta (RM331.36 juta).

PT BAI, yang belum memulakan pengeluaran komersil, sedang membina kilang penapisan aluminium dengan kapasiti 1.0 juta tan setahun di Galang Batang, Indonesia, dengan pengembangan 1.0 juta tan lagi dalam perancangan.

Dalam kenyataan, Press Metal berkata perjanjian langganan saham yang ditandatangani hari ini akan menyediakan syarikat itu dengan bekalan aluminium melalui pembelian tidak kurang daripada 50 peratus aluminium yang dihasilkan sebelum projek itu selesai dan sehingga 1.5 juta tan apabila projek siap.

"Oleh itu, pergantungan kepada pembekal pihak ketiga untuk keperluan aluminium akan dapat dikurangkan, sekali gus menstabilkan operasi peleburan Press Metal," menurut syarikat itu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Tan Sri Paul Koon berkata ini merupakan peluang terbaik untuk Press Metal melabur untuk sebuah kilang penapis yang membolehkan syarikat itu mendapatkan bekalan aluminium yang merupakan antara bahan mentah utama untuk operasi peleburannya di Sarawak.

"Bersama pemerolehan awal kami Worsley (di Australia), kami akan dapat memenuhi kira-kira 80 peratus daripada keperluan aluminium kami.

Ini akan memperkukuh dan memberikan kelebihan kepada kami selepas ketidaktentuan atau kekangan bekalan yang boleh membawa kepada gangguan operasi kami, diatasi," kata Koon.

Beliau berkata ini adalah penting kerana syarikat itu sedang mengembangkan operasi peleburan baharunya disasarkan bermula pada akhir tahun depan.

Koon berkata aset itu juga terletak dekat dengan Samalaju, lokasi loji peleburan syarikat itu, berbanding Australia, dan akan membolehkan Press Metal menikmati masa yang lebih singkat selain menjimatkan kos logistik yang besar.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Perbicaraan kes rogol libatkan Exco Perak bersambung Februari depan

 
     

Lelaki meninggal dunia terkena renjatan elektrik ketika harung banjir

 
     

JPJ N. Sembilan kutip RM1.2 juta bidaan nombor pendaftaran NDN

 
     

FAMA sumbang RM49,084 kepada keluarga lapan wira negara terkorban semasa Op Daulat

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel