Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Payatim bina Pusat Tunas Bakti tempatkan anak yatim, asnaf di Kelantan


Tarikh kemaskini: 16/11/2019




PASIR PUTEH, 16 Nov -- Pertubuhan Anak Yatim Miskin Kelantan (Payatim) akan membina Pusat Tunas Bakti bernilai RM4 juta di Kampung Perangkap, Bunut Susu, Pasir Mas pada tahun hadapan.

Yang Dipertuanya, Mohd Nor Jusoh berkata ia mampu menempatkan kira-kira 100 kanak-kanak dan remaja bermasalah daripada kalangan yatim piatu dan asnaf di pusat berkenaan yang dibina di atas tapak seluas satu hektar.

 “Pusat itu akan menjadi contoh kepada rumah perlindungan amal yang mempunyai sistem untuk pemulihan anak yatim  dan asnaf  berasaskan pendidikan sahsiah diri yang merangkumi kemahiran hidup yang lebih terjamin.

“Peserta yang tinggal di Pusat Tunas Bakti itu akan kembali bersekolah dan jika tidak berminat, akan menghadiri pengajian agama di pondok berdekatan,” katanya kepada pemberita pada Program Berkhatan Perdana yang dirasmikan Timbalan Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Kelantan, Siti Nor Hasma Mat Isa di Sekolah Kebangsaan (P) Pasir Puteh di sini, hari ini.

Lebih 100 kanak-kanak dari jajahan ini menyertai Porgram Berkhatan Perdana itu.

-- BERNAMA

 

 

 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel