Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tanjung Piai : polis terima empat laporan kad pengenalan pengundi digunakan individu tidak dikenali


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





PONTIAN, 16 Nov  -- Polis menerima empat laporan mengenai kes kad pengenalan pengundi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai digunakan oleh individu yang tidak dikenali.

Ketua Polis Daerah Pontian Supt Mustafa Bakri yang mengesahkan perkara itu berkata  hasil siasatan mendapati kejadian berlaku di tiga pusat mengundi.

“Dua kejadian dilaporkan berlaku (di pusat pengundian) di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Boh, satu di SK Sungai Bunyi dan satu lagi di Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Kukup.

“Satu laporan polis dibuat di Balai Pontian manakala selebihnya di Balai Permas,” katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.

Menurutnya, pengadu telah memaklumkan perkara itu kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan kemudiannya  dinasihatkan untuk membuat laporan di balai polis berdekatan.

Mustafa berkata kes dirujuk kepada pihak SPR untuk tindakan selanjutnya.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Kementerian Pendidikan siap sedia hadapi banjir

 
     

Kos beli vaksin untuk pendatang asing akan diumumkan nanti

 
     

Perpaduan sebenar tidak kenal fahaman politik, amalan kepercayaan - Daud Yusof

 
     

Semakan keputusan kemasukan MRSM tingkatan satu bermula hari ini

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel