Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Maritim Kelantan tahan 45 nelayan Vietnam tangkap ikan secara haram


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





PASIR PUTEH, 16 Nov  -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim) Kelantan menahan 45 nelayan dan menyita tiga bot dari Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di perairan negara, pada Rabu dan Khamis  lepas.

Pengarahnya, Kapten Maritim Muhammad Nur Syam Asmawie Yaacob berkata nelayan berkenaan yang berumur antara 15 dan 53 tahun ditahan secara berasingan dengan bot pertama pada pukul 4.34 petang di lokasi 143 batu nautika dari muara Tok Bali.

“Bot kedua pula ditahan pada pukul 11.22 malam di lokasi 145 batu nautika manakala bot ketiga ditahan pada pukul 12.12 tengah malam Khamis di lokasi 141 batu nautika dari muara Tok Bali.

“Maritim Kelantan turut merampas lebih 8,000 kilogram ikan baja dan campur, dengan nilai rampasan dianggarkan kira-kira RM3 juta termasuk bot serta alat penangkapan ikan,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Maritim Kelantan di Tok Bali di sini, hari ini.

Beliau berkata kes itu disiasat di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985 kerana menangkap atau cuba menangkap ikan di perairan negara tanpa kebenaran yang sah.

Katanya tangkapan itu merupakan yang terbesar pada tahun ini dan membuktikan APMM sentiasa komited melindungi hasil negara dan keselamatan nelayan tempatan daripada  sebarang ancaman bot nelayan asing di perairan negara.

-- BERNAMA

 


 

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel