Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh pelajar lelaki ditahan reman, kes rogol kawan sekolah


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





TAWAU, 16 Nov -- Tujuh pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan reman selama tiga hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes rogol seorang pelajar perempuan di sebuah sekolah di daerah ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata kejadian dilapor berlaku semalam dan tujuh pelajar berkenaan turut ditahan pada hari yang sama.

"Disahkan ada kejadian rogol pelajar perempuan berumur 14 tahun semalam, membabitkan tujuh pelajar daripada sekolah sama," katanya dalam satu kenyataan ringkas di sini, hari ini.

Sementara itu, menurut sumber, dalam kejadian 11 pagi itu, seorang guru menemukan mangsa dalam keadaan separuh bogel, di dalam sebuah bilik di sekolah berkenaan.

Mangsa memberitahu dirogol dan laporan polis dibuat ibu mangsa berusia 40 tahun pada 3.30 petang.

Kes disiasat di bawah Seksyen 375B/377A Kanun Keseksaan kerana merogol.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Ops Catut PSP: KPDNHEP Sabah hantar notis pengesahan kepada 15 kilang

 
     

Dua buah PPS dibuka di Kuching setakat 8.00 malam

 
     

Jumlah mangsa banjir di PPS Beaufort bertambah kepada 427 orang

 
     

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel