Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Tujuh pelatih CCRC Sungai Ruan lari


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





KUANTAN, 16 Nov  -- Tujuh pelatih Pusat Pemulihan Jagaan dan Rawatan (CCRC) Sungai Ruan, di Raub dekat sini, melarikan diri daripada pusat berkenaan hari ini.

Ketua Polis Daerah Raub Supt Kama Azural Mohamed berkata mereka dipercayai melarikan diri sekitar 6.30 pagi tadi, menerusi tingkap tandas asrama, sebelum keluar melalui pintu belakang CCRC itu.

"Kita percaya mereka menuju ke arah Taman Dahlia di sini. Mereka dipercayai memakai baju seragam CCRC berwarna jingga atau t-shirt putih.

"Polis memohon mereka yang mempunyai maklumat berkenaan pelatih tersebut untuk menghubungi polis segera," katanya menerusi kenyataan media di sini, hari ini.

Kama Azural berkata mereka yang terlibat ialah Tan Tian Soon, 44; Johari Mohamad, 50; Mohd Yunus Abu Bakar, 44; P.Suris, 39; Ng Swee An, 47; Azreen Kusai, 36, dan Ooi Chuan Tat, 42.

Operasi mengesan pelatih terlibat melibatkan 16 pegawai dan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub dan 40 kakitangan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) serta pegawai CCRC Sungai Ruan. 

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

PH tidak tolak hasil kajian berbentuk ilmiah dan membina - Muhyiddin

 
     

Iikan lumba-lumba terdampar diselamatkan pelajar UMT

 
     

JIM tumpas penipuan dalam talian warga China di Ipoh

 
     

Henti polemik isu hak milik tanah kampung baharu - MB Perak

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel