Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

PRK Tanjung Piai: peratusan keluar mengundi 74.5 peratus


Tarikh kemaskini: 16/11/2019





PONTIAN, 16 Nov  -- Peratusan keluar mengundi keseluruhan bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai adalah 74.5 peratus, melepasi sasaran 70 peratus yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).  

Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun berkata peratusan itu adalah yang kedua ketinggi selepas PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau yang mencatatkan peratusan keluar mengundi 79.31 peratus. 

“Saya rasa itu adalah pencapaian yang baik dan saya ucapkan tahniah kepada pihak sekretariat kerana berjaya melangkaui sasaran peratusan keluar mengundi.

Tahniah juga kepada media yang telah membantu kita mengajak (menguar-uarkan) pengundi untuk keluar mengundi,” katanya ketika berlintas langsung bersama Bernama TV mengenai proses pengundian PRK itu di pusat penjumlahan undi Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim di sini, malam ini.

Azhar berkata proses pengundian juga berjalan tanpa ada insiden-insiden yang serius, walaupun terdapat pergeseran antara penyokong parti politik di sesetengah tempat. 

“Alhamdulillah, tidak ada insiden-insiden serius berlaku. Malah tadi dalam perjalanan saya ke sini (Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim), saya nampak ada penyokong Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjabat tangan bermaafan sesama sendiri.

Jadi saya rasa agak bangga dengan semangat yang ditunjukkan walaupun terdapat sedikit pergeseran di sana sini tapi pada amnya (keseluruhan) ia baik,” kata beliau. 

PRK Tanjung Piai menyaksikan pertembungan enam penjuru membabitkan calon Pakatan Harapan, Karmaine Sardini, calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng, calon Gerakan Wendy Subramaniam, calon Parti Barisan Jemaah Islamiah (Berjasa) Datuk Dr Badrulhisham Abdul Aziz serta dua calon Bebas iaitu Faridah Aryani Abd Ghaffar dan Dr Ang Chuan Lock.

PRK Tanjung Piai diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Dr Md Farid Md Rafik, 42, daripada PH pada 21 Sept lepas akibat komplikasi jantung.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Seksyen 5 tol WCE dibuka mulai 10 malam ini

 
     

Banjir: Tiga daerah di Sabah terjejas setakat 12 tengah hari

 
     

17 kampung di Membakut, Beaufort terjejas banjir

 
     

Hutang awam kerajaan negeri Perlis meningkat kepada RM403.32 juta

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel