Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Hampir 20,000 meriahkan Konsert Fenomena Orkestra RTM di Sabah


Tarikh kemaskini: 16/11/2019




KOTA KINABALU, 16 Nov  -- Hampir 20,000 penonton hadir memeriahkan Konsert Fenomena Orkestra RTM sempena Konsert Jelajah RTM 2019 yang diadakan di Padang Merdeka, di sini malam ini.

Penolong Pengarah Unit Hiburan TV, RTM Elisa Norni Elias berkata konsert itu buat pertama kali diadakan secara terbuka yang boleh ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

Beliau berkata Sabah merupakan negeri ketiga program itu diadakan selepas Pulau Pinang dan Sarawak sebelum berakhir di Johor pada 30 Nov ini.

"Konsert ini selaras dalam usaha mengetengahkan persembahan orkestra RTM secara terbuka selain ke arah merakyatkan orkestra RTM kepada penonton dan pendengar di seluruh negara," katanya ketika ditemui pada program itu di sini, malam ini. 

Konsert Fenomena itu turut disiarkan secara langsung di RTM melalui saluran TV2 bermula pada jam 8.30 malam.

Turut hadir Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan isteri Toh Puan Norlidah R.M Jasni diiringi Timbalan Ketua Menteri Datuk Jaujan Sambakong.

Artis tempatan yang membuat persembahan termasuk kumpulan Atmosfera, Rosario, Linda Nanuwil dan penyanyi terkenal tanah air seperti Anuar Zain, Ziana Zain dan Reshmonu.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Penetapan wawasan baharu ISOM untuk APEC terima respons positif

 
     

Kilang proses minyak kapal terpakai diarah tutup

 
     

Banjir kilat landa beberapa kawasan di Kuching

 
     

Empat ADUN pembangkang gesa Perlis terima pegawai SPRM

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel