Laman Utama  I  Berita Utara  I  Berita Selatan  I  Berita Timur  I  Berita Tengah  I Sabah & Sarawak  I  English Version I  BERNAMA.COM
 
 

Masyarakat dinasihat lakukan saringan kesihatan, rawatan awal diabetes


Tarikh kemaskini: 17/11/2019





SIBU,17 Nov -- Orang ramai dinasihati agar kerap melakukan saringan kesihatan bagi membolehkan mereka mendapat rawatan awal penyakit tidak berjangkit seperti diabetes.

Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew menekankan bahawa sekiranya penyakit itu lambat dirawat, ianya boleh merosakkan organ dalaman mereka.

“Diabetes merupakan satu penyakit yang sangat rumit kerana kalau tidak ada penjagaan yang baik dan rapi ia boleh mengakibatkan banyak komplikasi misalnya pesakit yang mengalami kecederaan kaki, kalau tidak dijaga dengan baik penyakit itu boleh menyebabkan kaki mereka dipotong.

“Kesedaran tentang diabetes ini sangat penting dalam kalangan rakyat kerana mencegah adalah lebih baik daripada merawat,” katanya semasa merasmikan Hari Diabetes Sedunia 2019 peringkat Bahagian Sibu di Pasar Sentral Sibu, di sini hari ini.

Lebih 1,000 orang mengambil peluang menjalani saringan kesihatan secara percuma semasa progam yang dianjurkan bersama Hospital Sibu, Pejabat Kesihatan Bahagian Sibu, Pusat Khidmat Parlimen Sibu, Jabatan Pergigian Bahagian Sibu dan Persatuan Bidan Sarawak Cawangan Sibu itu.

Selain saringan kesihatan, program yang bermula 7 pagi hingga 1 tengah hari itu turut menampilkan pameran kesihatan dan demonstrasi penyediaan makanan untuk penghidap diabetes.

-- BERNAMA

   

 
 
     
   
 

Buruh didakwa rogol anak kandung, setiap hari selama empat bulan

 
     

Bayi berusia tiga bulan di Sabah dijangkiti virus polio

 
     

Tunai mandat diberi dengan hadir ke mesyuarat - Setiausaha Agung PKR

 
     

Harga barangan basah dan sayuran di Terengganu lepas banjir masih terkawal

 
     
 
     
 

.  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .  .

 
     
     
   
   
     
     
     
   
     
   
     
 

 
© 2019 BERNAMA. Semua Hak Cipta Terpelihara. Penafian | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan
Bahan ini tidak boleh diulang terbit, ulang siar, tulis kembali atau diulang edar melainkan dengan kebenaran bertulis dari pihak BERNAMA.
Paparan terbaik menggunakan Firefox 35.0.1 & Internet Explorer 8.0 dalam resolusi 1024 x 768 piksel